ISI KURIKULUM

Setelah meneliti tentang objektif, langkah seterusnya adalah membincangkan aspek-aspek mengenai isi dalam kurikulum. Isi dalam kurikulum merupakan ilmu pengetahuan yang hendak diajar kepada pelajar-pelajar. Namun demikian, ianya bukalah objektif sesuatu kurikulum sebalikya isi merupakan alat untuk mencapai objektif itu.

Isi boleh merupakan kajian seperti peristiwa kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka, peristiwa mencapai kemerdekaan sesebuah negara dan sebagainya. Isi juga boleh merupakan fakta-fakta atau maklumat mengenai peristiwa atau kejadian tersebut. Selain itu, isi juga boleh merupakan konsep misalnya semua konsep yang terlibat atau terdapat dalam peristiwa kekalahan satu pasukan bola sepak. Seterusnya, isi juga boleh mengandungi andaian teori dan prinsip.

Seterusnya kita boleh mendapati bahawa isi-isi itu dibahagikan kepada bentuk teoritikal/konseptual dan bentuk aplikasi atau praktikal. Ilmu pengetahuan atau isi yang berbentuk teori lebih abstrak, tidak dapat dilihat dan agak sukar dikuasai berbanding dengan ilmu praktikal. Kaitan dan perbezaan diantara ilmu teori dan ilmu praktikal adalah penting untuk difahami kerana ia sangat berguna bagi membuat aktiviti penyusunan isi dalam kurikulum. Dalam pemilihan isi terdapat juga dua konsep yang penting yang perlu dijelaskan iaitu isi sokongan dan isi sebenar. Isi sokongan ialah isi yang dimasukkan bertujuan untuk membantu isi sebenar mencapai objektif kurikulum.

Isi dalam kurikulum boleh didapati daripada beberapa sumber. Pertama, melalui kajian yang dilakukan oleh orang lain, atau kita sendiri. Jadi, hasil dari kajian itu, timbulnya ilmu pengetahuan yang boleh dipilih untuk dimasukkan ke dalam kurikulum. seterusnya adalah melalui pengalaman sendiri. Ramai ahli tokoh pemikir menemukan ilmu pengetahuan melalui pengalaman mereka sendiri seperti Discartes, yang menemukan satah Cartesian setelah memerhatikan lalat di siling biliknya. Sumber terakhir, adalah melalui literatur atau buku-buku, majalah, jurnal dan lain-lain.

Setelah mengenalpasti sumber-sumber, langkah seterusnya adalah memilih isi kurikulum itu. Beberapa kriteria harus dipatuhi seperti isi kurikulum itu mestilah selari dengan kehendak objektif kurikulum yang berkenaan. Dengan kata lain, ianya mestilah mengikut matlamat-matlamat objektif tersebut. Seterusnya, ilmu pengetahuan yang dipilih perlulah mendapat kebenaran untuk diajar kepada pelajar dan ilmu tersebut adalah benar. Ilmu pengetahuan yang bercorak kontroversi perlu diberi pertimbangan yang mendalam sekiranya mahu dipilih untuk dijadikan isi. Dan akhir sekali adalah, ianya mestilah mengikut kesesuaian dengan peringkat keadaan dan minat pelajar.

Demikianlah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memilih ilmu pengetahuan bagi dijadikan isi sesuatu kurikulum itu. Lebih banyak objektif yang boleh diselarikan dengan isi yang dipilih, adalah lebih menguntungkan.

About these ads
Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: