Math Anxiety_2

By: Norfazliza Bt Ramli

What is mathematics anxiety?

Kebimbangan ataupun fobia terhadap matematik merupakan satu fenomena dimana sesorang itu merasa takut akan matematik. Mereka merasa tertekan apabila terlibat dalam manipulasi nombor ataupun apabila melibatkan sesuatu pengiraan matematik. Seseorang yang mengalami fobia matematik merasakan diri mereka tidak mampu untuk melakukan aktiviti yang melibatkan matematik. Perasaan yang mereka alami ini akan bukan hanya mengganggu emosi, tetapi juga mengganggu kepintaran mereka terhadap matematik.

Why does it happen?

Menurut Lazarus (1974) seseorang pelajar akan mengalami satu situasi fobia matematik apabila mereka mencapai satu tahap pencapaian matematik yang mereka yang mana ianya melampaui tahap yang paling sukar. Apabila mereka mencapai tahap itu, mereka akan mula berhenti untuk belajar matematik.

Jika dilihat fobia matematik yang terdapat pada seorang guru pelatih, ianya berlaku disebabkan oleh kelemahan arahan yang diterima serta kandungan kurikulum yang ada. Kekurangan McMillan (1976) menemui bahawa sikap guru serta minat terhadap subjek matematik mempunyai impak yang besar terhadap sikap pelajar daripada kaedah mengajarnya. Secara amnya, guru dengan fobia matematik yang tinggi secara tidak langsung akan ‘menyalurkan’ fobia mereka kepada pelajar-pelajar.

Bmenurut Lazarus (1974) dan Wilhelmdan Brooks (1980), sikap negatif ibubapa juga turut menjadi penyumbang terhadap anak-anak mereka dan sikap ini juga menambahkan lagi fobia anak-anak mereka terhadap matematik.

Antara punca-punca lain yang menyebabkan fobia matematik ialah pesonaliti serta gaya pengajaran yang dimiliki oleh seseorang guru, peperiksaan awan dan kesannya terhadap mereka, faktor diri sendiri iaitu penerimaannya terhadap subjek matematik, perasaan risau akan kesusahan, pengharapan daripada ibubapa, pengaruh dari rakan sebaya serta penggunaan matematik dalam kehidupan seharian juga turut menjadi punca berlakunya fobia matematik.

Who has it?

Guru pelatih, ibubapa serta pelajar yang percaya bahawa diri mereka tidak mampu untuk berhadapan dengan matematik dan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah melibatkan pengiraan.

When does it occur?

Fobia matematik berlaku apabila seseorang itu percaya atau setkan mindanya bahawa mereka tidak mampu dalam bidang matematik, maka mereka akan sentiasa dalam keadaan fobia apabila melibatkan pengiraan matematik.

Perkara asas yang berlakunya fobia ialah sikap kita, sentiasa memikirkan matematik itu susah. Kemudian ianya akan menjadikan kita bersangka yang apabila kita tidak mampu menyelesaikan masalah matematik, kita akan ditertawa oleh orang sekeliling. Perkara-perkara ini yang menjadikan seseorang itu semakin fobia terhadap matematik. Apabila kita menjadi terlambau ‘takutkan’ matematik, secra tidak langsung minda kita tidak mampu untuk berfikir unutk menyelesaikan masalah yang diberi, walaupun masalah itu terlalu senang.

Who/what  created it?

Diri sendiri yang menciptakan perassan takut itu. Pemikiran negatif ataupun ‘self-talk’ yang diciptakan minda seseorang akan menghasilkan tindakan emosi yang negatif.

How do you reduce it?

Sesetengah orang, mereka mengambil jalan mudah iaitu dengan menghindarkan diri dari segala keadaan yang melibatkan matematik. Tetapi tanpa disedari, perkara yang dilakukan ini menybabkan mereka akan sentiasa berada dalam situasi dimana akan menguatkan lagi kepercayaan mereka tidak pernah mampu. Dan setiap kali mereka mengelak dari bidang matematik, bermaksud mereka akan terus kekurang ilmu dalam bidang ini.

Jika dilihat dari penyebab peperiksaan, suatu perubahan perlu dilakukan pada pemarkahan sesuatu peperiksaan supaya menjadikan mampu meminimumkan impak tersebut. Sebagai contoh, perubahan terhadap pengagihan peratusan peperiksaan bertulis dan penilaian berterusan menjadi 50-50. Dari sudut rakan sebaya pula, sebagai seseorang yang rapat dengan mereka yang ‘takutkan’ matematik, kita seharusnya membantu mereka menyelesaikan kerja rumah serta membantu mereka untuk lebih memahami  masalah matematik yang mereka pernah pelajari.

How do you eliminate it?

Bagi guru pelatih yang mengalami fobia matematik, dicadangkan mereka menyelesaikan dahulu masalah-masalh matematik yang ingin diberikan kepada pelajar dan alami terlebih dahulu tahap kesukaran soalan tersebut. Ini akan dapat memastikan bahawa mereke telah bersedia dan cukup yakin untuk menjawab segala pertanyaan daripada para pelajar itu nanti. Para guru ini juga perlukan kepercayaan daripada pelajar untuk mencapai tahap keyakinan yang tinggi dan salah satu daripada caranya ialah dengan kebolehan menjawab segala persoalan aripad pelajar.

Sebagai seorang guru dan seorang rakan terdekat bagi mereka yang mengalami fobia matematik ini, bimbingan dan sokongan terhadap subjek matematik amat la penting bagi menghilangkan fobia mereka.

Jadi, perkara utama yang perlu dilakukan untuk menghilangkan fobia terhadap matematik ialah dengan mengubah sikap kita terhadap bidang matematik itu sendiri. Jangan terlalu memikirkan bahawa matematik itu susah. Jangan terlalu memikirkan kita tidak mampu menyelasikan masalah-masalah yang melibatkan pengiraan matematik.

Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: