PEMBENTUKAN KURIKULUM

Pembentukan kurikulum merupakan bahagian pertama dalam perkembangan kurikulum. Aspek pertama dalam membentuk kurikulum ialah rasional. Rasional adalah penting kerana ia memberi penjelasan kepada perlunya wujud satu kurikulum itu selain mengemukakan alasan atau sebab serta asas kepada kewujudan kurikulum itu. Dengan adanya alasan-alasan itu, maka rasional memberi panduan dan hala tuju bagi menyelesaikan atau mengurangkan masalah itu. Kepentingan rasional dalam pembentukan sesuatu kurikulum itu sangat tinggi kerana rasional merupakan asas dan panduan dalam pembentukan kurikulum. Jadi, perhatian yang mendalam dan sempurna perlu diberi dalam pembentukan rasional bagi satu-satu kurikulum. Sekiranya bahagian rasional didapati memuaskan, maka aktiviti seterusnya akan dilakukan iaitu proses pembentukan objektif bagi kurikulum tersebut.

Objektif didefinisikan sebagai sesuatu yang telah ditentukan yang perlu dicapai oleh pelajar mengikut tahap-tahap objektif itu (Razali Arof, 1991). Objektif ini dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti objektif negara (paling umum), objektif kementerian, objektif sekolah/maktab/universiti dan akhir sekali objektif pengajaran (harian/khusus). Objektif umum lebih menyeluruh berbanding dengan objektif khusus, namun objektif khusus tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dicapai jika dibandingkan dengan objektif umum. Kalaulah rasional menjawab soalan mengapa atau kenapa satu-satu kurikulum itu harus dibentuk, objektif pula menjawab soalan apa yang harus dicapai oleh kurikulum yang mahu dibentuk itu.

Setelah kita berbincang tentang konsep objektif, perkara yang seterusnya adalah mengenalpasti dan memilih objektif. Objektif mesti dipelbagaikan mengikut domain-domain yang ada dalam tiap-tiap individu iaitu domain kognitif , psikomotor dan afektif supaya domain-domain itu dapat berfungsi dan berada dalam keadaan yang baik dan penuh produktif.

Sebelum objektif yang sebenar dan tepat itu dipilih, beberapa kriteria pemilihan akan dibuat.  Diantara perkara yang termasuk di dalam kriteria pemilihan objektif itu ialah objektif mestilah selari dengan rasional kurikulum tersebut. Sekiranya objektif yang dipilih tidak selari dengan rasional kurikulum tersebut, ianya sia-sia kerana pencapaian objektif tersebut tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti dalam rasional kurikulum itu. Kriteria kedua ialah objektif tersebut boleh dicapai dah boleh diajar. Kriteria keupayaan untuk mencapai objektif itu memberi makna bahawa pelanggan atau penerima kurikulum yang dibentuk itu berupaya untuk mencapai objektifnya. Seterusnya kebolehan dan keupayaan untuk melaksanakan kurikulum itu bagi mencapai objektifnya juga penting untuk dipertimbangkan. Selain itu juga, perlulah dipastikan bahawa setiap objektif yang dipilih untuk dijadikan objektif kurikulum itu mestilah saling menyokong dan tidak pula sebaliknya. Sesuatu kurikulum itu akan cacat sekiranya mempunyai objektif-objektif yang bertelingkah atau bercanggah.

Tiap-tiap objektif itu patut dilihat dan dinyatakan mengikut apa yang akan diperolehi atau dikuasai oleh pelajar diakhir sesuatu program. Ianya perlulah jelas menunjukkan hasil yang akan diperolehi oleh pelajar, bukanlah oleh pengajar atau pihak lain.

Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: