PENGENALAN DAN DEFINISI KURIKULUM

Apabila berbicara tentang kurikulum pelbagai perkara akan terlintas di fikiran kita. Ada yang berpendapat bahawa ianya adalah sukatan mata pelajaran, huraian sukatan matapelajaran dan rancangan pengajaran harian. Namun adakah apa yang disenaraikan tersebut adalah definisi kurikulum yang sebenar? Jadi mari kita lihat apakah itu definisi kurikulum.

Definisi kurikulum dapat diterangkan dalam pelbagai perspektif. Tiga perspektif yang ingin dibincangkan adalah dari segi bahasa, sejarah dan juga pendapat pakar-pakar pendidikan. Tiga perspektif ini dipilih agar kita dapat melihat definisi kurikulum secara mendalam dalam pelbagai sudut dan tidak hanya membataskan definisi tersebut dari segi bahasa semata-semata.

Dari segi bahasa, kurikulum merupakan kata pinjam dari bahasa Inggeris iaitu ‘curriculum’ yang membawa maksud bidang pengajaran di sekolah berdasarkan kamus dwibahasa (1922). Sekiranya kita lihat maksud tersebut ia merangkumi semua bidang pengajaran di sekolah tanpa menghadkan mana-mana bidang tertentu sahaja.

Dari segi sejarah pula, ‘curriculum’ berasal daripada Latin. Perkataan ini mula digunakan sekitar tahun 400 SM, ketika zaman Plato di mana ia membawa maksud ruang sesi pembelajaran berlansung. Ketika itu, kanak-kanak di Bandar Athens telah mengikuti satu bentuk kurikulum pendidikan di mana ketika mereka berpeluang belajar pelbagai jenis ilmu ketika di sekolah.

Dari segi pendapat pakar pendapat pendidikan, pelbagai pendapat yang berbeza dapat dilihat apabila kita mencari definisi kurikulum. Antara yang dipetik adalah menurut Hirst(1975) dalam Pengurusan Kurikulum, beliau mendefiniskan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti pembelajaran dan disusun oleh guru untuk membolehkan  murid-murid mencapai objektif yang ditentukan.

Sekiranya kita lihat definisi kurikulum dari ketiga-tiga perspektif, dapat kita rumuskan kurikulum merupakan suatu perkara yang luas dalam pendidikan dimana ia melibatkan perancangan bagaimana pengajaran dan pembelajaran harus dilaksanakan dan mempunyai objektif tertentu yang harus dicapai semasa sesi pelaksanaannya berlangsung.

Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: