PENILAIAN KURIKULUM

Definisi bagi penilaian kurikulum menurut Razali Arof, 1991 ialah satu proses untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan sesuatu kurikulum.  Dalam penilaian kurikulum ini badan-badan yang terlibat ialah pihak Sekolah yang paling memainkan peranan selepas itu Jabatan Pelajaran Negeri dan akhir sekali Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan membuat keputusan sama ada untuk membubarkan, mengugurkan atau memperbaiki sesuatu kurikulum tersebut.  Antara aktiviti-aktiviti yang terlibat ialah sebab dan tujuan penilaian, aspek yang dinilai, kaedah penilaian, kaedah penganalisaan maklumat, menginterpretasi maklumat, dan membuat keputusan tentang keberkesanan program.  Bagi keputusan ini ia akan dibuat selepas semua aktiviti yang dinyatakan telah lengkap barulah keputusan akan dibuat iaitu sama ada untuk meneruskan, memperbaharui atau menggugurkannya.

Dalam penilaian kurikulum ini banyak model yang dikemukan untuk diguna pakai bagi menganalisis dan membuat keputusan.  Terdapat tiga model yang selalu digunakan iaitu:

1.         C.I.P.P(konteks, input, proses, produk)-Stufflebeam

2.         Model Countenance-R.E Stake

3.         Model Penilaian Sistem

Bagi model C.I.P.P penilaian dilakukan dengan menggunakan empat aspek iaitu konteks, input, proses dan juga produk atau hasil yang didapati selepas model ini digunakan.  Untuk model Contenance yang dihasilkan oleh R.E Stake pula ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian laporan atau gambaran dan juga bahagian penghakiman.  Akhir sekali ialah model penilaian siatem, bagi model ini kurikulum dan juga pengajaran dikatakan sebagai satu system yang mempunyai aktivitinya sendiri dan kedua-duanya berkait antara satu sama lain.  Gambarajah di bawah menunjukkan model penilaian sistem.

Tujuan untuk membuat penilaian kurikulum ini ialah untuk mengenal pasti jawapan kepada persoalan awal atau lebih dikenali sebagai kajian status dan diagnostik.  Jawapan ini sangat penting kerana ia akan dijadikan sebagai asas untuk pembentukkan sesuatu kurikulum tersebut.  Tujuan yang kedua ialah untuk memperbaiki mana-mana aspek dalam proses pembentukan dan perkembangan kurikulum ianya juga dikenali sebagai penilaian berterusan, pembaikan atau formatif.  Akhir sekali untuk melihat sejauh mana kurikulum itu berkesan ia juga dikenali sebagai penilaian sumatif.

Kaedah penilaian ini terbahagi kepada dua iaitu kaedah sumatif dan kaedah formatif.  Contoh bagi kaedah sumatif ialah peperiksaan atau sebarang ujian yang dijalankan.  Contoh bagi kaedah formatif pula ialah pembentangan, folio, kerja kursus dan juga penilaian lain seperti ujian lisan, ujian pendengaran dan lain-lain.  Bagi kaedah-kaedah ini ia mestilah melalu satu ujian iaitu untuk melihat kesahannya sama ada ia sah atau tidak untuk digunakan.  Dalam proses kaedah ini juga setiap ujian atau kaedah yang dilakukan mestilah tidak bias atau tidak berat sebelah ketika melakukannya supaya hasil atau keputusan yang didapati itu boleh digunakan bagi proses pembentukkan kurikulum.

Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: