PENYEBARAN DAN PENGAJARAN KURIKULUM

Penyebaran kurikullum membawa maksud segala aktiviti yang terlibat dalam proses penyampaian kurikulum yang telah dibentuk di Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Secara kasarnya, terdapat beberapa kumpulan yang terlibat dalam prosses pelaksanaan penyebaran kurikulum. Diantaranya ialah pegawai-pegawai atau ahli-ahli Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum di peringkat negeri dan daerah, para guru besar, para guru kanan mata pelajaran dan akhir sekali guru-guru yang akan mengajar sesuatu kurikulum itu. Disebabkan terdapat satu pemisah jarak jauh danpersekitaran yang berbeza, dari BPK kepada guru yang akan menyampaikan kurikulum tersebut, pelbagai masalah mungkin timbul.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diawasi proses penyebaran kurikulum. Perkara-perkara tersebut perlu dititik berat supaya kurikulum yang akan diterima oleh pengajara adalah yang terbaik. Sekiranya perkara ini tidak dikawal, maka besar kemungkinan kurikulum ini tidak akan berjaya menghasilkan perkara yang diinginkan oleh penggubalnya.

Faktor pertama yang perlu dikawal ialah taraf kefahaman pengajar. Pengajar sebagai penyampai kurikulum kepada para pelajar. Para pengajar terlebih daahulu perlu memahami secara menyeluruh mengenai kurikulum yang hendak diajar. Hal ini kerana, para pengajar akan dapat mengatasi masalah yang akan wujud dalam hal ini dengan lebih awal sebelum bermulanya aktiviti pengajaran. Kadangkala, disebabkan kebanyakkan para pengajar kurang memahami beberapa aspek dalam kurikulum yang telah diperbaharui, para pelajar yang mendapat implikasi buruk.

Faktor kedua ialah keaslian kurikulum itu perlu dipelihara agar tidak berlaku aktiviti tokok tambah atau tolak campur atau sebarang penyesuaian ke atas kurikulum tersebut. Perubahan secara tidak sengaja mungkin boleh berlaku sekiranya mereka-mereka yang menyebarkan kurikulum ini bukanlah daripada mereka-mereka yang membentuk kurikulum tersebut. Masalah juga boleh timbul sekiranya terdapat lebih banyak peringkat perantaraan diantara Jawatankuasa Pembentukan Kurikulum dengan pengajar. Lebih banyak peringkat perantaraan wujud, maka akan lebih besarlah peluang perubahan keaslian kurikulum akan berlaku dalam proses penyebaran itu. Perubahan secara sengaja juga mungkin berlaku.  Ini kerana akan terdapat beberapa golongan penyebar ataupun pengajar yang disebabkan oleh sesuatu sebab telah dengan sengajanya mengubah keaslian kurikulum tersebut.

Faktor ketiga yang perlu diawasi adalah masyart setempat perlu diyakini mengenai kebaikan yang terdapat dalam kurikulum yang dibentuk. Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pengetua perlulah diyakinkan agar mereka dapat menerima kurikulum yang berkesan dan mereka ini seterusnya akan menyebabkan ibubapa memainkan peranan mereka dalam mewujudkan sikap positif di kalangan anak-anak mereka untuk mempelajari isi-isi kurikulum tersebut.  Implikasi yang buruk akan timbul jika masyarakat tidak dapat menerima kurikulum yang dibentuk.

Faktor seterusnya ialah pentingnya penyediaan saluran maklum balas. Satu medium maklum perlu diadakan diantara pihak pembentuk kurikulum dan para pengajar ataupun para pelajar itu sendiri. Dengan ini pihak BPK mempunyai saluran untuk menerangkan serta menjawab segala persoalan yang mungkin akan timbul dari pihak sekolah. pihak sekolah juga berpeluang untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap kurikulum yang mereka terima jika saluran-saluran ini diwujudkan.

Faktor terakhir yang perlu diberi penekanan ialah faktor masa. Disebabkan jarak diantara Kementerian Pendidikan dengan sekolah adalah jauh, maka faktor masa perlu difikirkan. Kelambatan pengajaran kurikulum akan menjadi lambat sekiranya kurikulum yang disebarkan itu lambat sampai disekolah berkenaan. Kelambatan ini akan menimbulkan suasan terdesak para pengajar untuk menyampaikan kurikulum itu kepada para pelajar dan seterusnya menyebabkan para pelajar mungkin mendapat kefaham rendah dalam pelajaran tersebut. Unutk mengelakkan masalah ini berlaku, pihak BPKseharusnya penyebarkan kurikulum yang dibentuk selewat-lewatnya sepenggal sebelum ianya digunakan.

Menurut Razali Arof (1991) proses penyebaran kurikulum ini merupakan “satu tangan yang panjang’, yang mengambil kurikulum yang telah dibentuk itu dan dibawa  atau diberikan kepada sekolah-sekolah untuk digunakan oleh para guru. Sekiranya manusi mempunyai tangan yang sebegitu panjang, kemungkinan tidak akan wujud banyak masalah  dalam proses penyebaan kurikulum itu.

Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: