Category Archives: Kesimpulan

KESIMPULAN

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat kurikulum hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang kurikulum bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan, pertambahan atau penambahbaikan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara.  Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskini. Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa pelajar harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada pelajar (Kamaruddin, 1994).

Advertisements
Tagged